instagram

Tuesday, November 30, 2010

ipad officially launch in Malaysia today!

Wahh..teruja, hari ni ipad officially launching in Malaysia..30hb November 2010..:)..ok antara tempat yg ada menjual ipad secara rasminya pada hari ini ialah:

Apple Premium Resellers:

• Epicentre, Pavilion Kuala Lumpur +603 2141 6278/ 6378
• Epicentre, IOI Mall, Kuala Lumpur +603 8075 0870/0871
• Machines, Lot 10, Shopping Centre +603 2142 5009
• Machines, Suria KLCC, Kuala Lumpur +03 2171 2633
• Machines, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur +603 2282 3996
• Machines, Sunway Pyramid, Selangor +603 5633 2998
• Machines, The Gardens, +603 2287 6787/ 5787
• Machines, City Square (Johor), +607 227 2606
• Mac Studio, Bangsar Shopping Centre, +603 2282 1799
• Mac Studio, Berjaya Times Square, +603 2145 1799 / 2143 1799 / 2143 9799
• Mac Studio, Plaza Low Yat, Kuala Lumpur +603 2145 4799/9799.
• Switch, Plaza Gurney, Penang +604 229 5591
• Switch, The Mines Shopping Fair, Selangor +603 8948 9591.
• AVE, Kinlap, Brunei
• Avelectronics, The Mall, Brunei

Apple Shop, Harvey Norman:

• Bukit Tinggi, +603 3326 2631
• Mid Valley +603 2282 2860
• Ikano PowerCentre, +603 7718 5200/5223
• Sunway Pyramid, +603 5622 1300
• Queensbay Mall, +604 630 8210.
 
ok..harganya plak adalah seperti dibawah..:

iPad with Wi-Fi
Connect to the Internet wherever you can access a Wi-Fi hotspot.

16GB – RM1549
32GB – RM1849
64GB – RM2149

iPad with Wi-Fi + 3G
Connect to the Internet at Wi-Fi hotspots and a cellular network when you’re on the go.

16GB – RM1999
32GB – RM2299
64GB – RM2599

(sumber: http://forums.appleinsider.com/showthread.php?t=115167)

Marilah kita beramai-ramai menyerbu..;p

Honda Civic Type R..

Hehe..tak mampu pun nak beli itu honda civic type R..honda civic 2.0 liter je pun mampu..:) oleh kerana itu, kempunan jugak mahu type R kan, jadi nya beli logo dier pon kira okla..jadi la..hahah :)..
bahagian depan..
bahagian belakang..
kunci..
logo ni main pelekat2 je..tp kene hati2 la..lagi satu, kene jaga baik2 sebab logo ni sangat mudah pecah atau tercalar..oleh kerana ini ada genuine part so harga pun bole tahan jugakla..RM334, beli kat Best Feel Motosports Petaling Jaya..baru2 nie ada bukak mudah.com, rupanya harga diorang bagi lagi murah..huhu kesian..

Monday, November 29, 2010

ikea dan starbucks..

Hari ahad lepas, shoping sedikit barang di ikea..orang ramai giler sampai bersentuh bahu..nak gerak pun susah..nasib baik barang yg dicari ketemu jua..:)..rak kasut, rak pinggan dan rak menggantung baju...selesai sahaja menghabiskan duit di ikea, terus ke starbucks..pekene kopi cafe latte. (kan saya peminum kopi tegar..haha)..dan donut nyerr..donut tu sedap sampai nak menitik air mata ketika menikmatinya hehe ;p.sedap hokey kopi saya pilih itu..ohhh saya ambil yg besar ye..kicik tak cukup ;p..habis minum di starbucks..jalan2 sekejap kat the curve, oooohhh tak lama kat sana kerana Nely sudah menangis kuat2..hoho pening kapla saya..
cafee latte..:)
donut..kene potong sebab nk bg Nely..
gambar sekadar hiasan..;p

sekiannn..:)

Saturday, November 27, 2010

Zaman muda..

Tiba2 teringat zaman muda..haha..zaman mase belajar kat UMT dulu (2003-2006)
haha..ajk annual dinner 2005
KKS zaila..;p..sori ek, aku cilok gambaq dari FB hang..;p ihiksss
open housez umah cik Noor..;p
mase buat assigment..mase ni kat balai bomba kuala terengganu...
dinner 2006 wif kak ina..:)

KKS zaila and yan ;p
wahhh sharp shuuterr ;p
GS, GD, GA dan GK..;P
Ohh lecturer kesayangan ramai..en.zailani..;p
konvo..

tamat gambar..sekian..;p

sudah beli..:)

ini kopi telah dibeli...best!!

kopi jantan :P
daripada peminum kopi tegar..tidak kira samada jantan atau sebaliknya..;p haha..

Lunch at Pappa Rich..

Jumaat kelmarin lunch kat pappa rich.. mcm bosan dah mkn nasi hari2 kan, so hari ni rasa mcm nak makan sesuatu yg bukan nasi :p maka sy pon ajak kwn2 ke pappa rich yay!!..pekene dry kuetiew dgn foo chok, calvin order nasi lemak kari ayam.. stanley plak kuetiew goreng kerang..nyum2..;p
dry kuetiew wif foo chok :)
calvin order - nasi lemak wif kari ayam
stanley order - kuewtiew goreng kerang :)
posing adalah wajib ye.;p

Friday, November 26, 2010

Boss..

salam... ihiksss;p...
pagi ni, mulakan pagi dgn kopi Boss
sbb?
kopi jantan dah habis..
petang ni baru pegi beli ya..;p
selamat pagi..:)

**burppsss...daripada peminum tegarr kopi boss dan kopi jantan..;p

Thursday, November 25, 2010

Amalan buat ibu-ibu yg mengandung..

salam...kali ni rasa macam nak sharing sikit2 info apakah makanan2 yg sesuai untuk ibu mengandung dan amalan baik yg bole dilakukan dan dipraktikkan..kebanyakan yg saya senaraikan ni ialah apa yg telah saya praktikkan mase mengandung dulu...

a) Bykkan makan sayuran dan buah-buahan- terutama yg byk vitamin c, kerana memudahkan penyerapan asid folik..

b) Makan nasi dan roti/bijirin - ni mkn ikut keperluan la, saya makan nasi la setiap hari semasa mengandung.

c) Protein cth ikan,ayam daging dan makanan laut - saya byk ambil ikan sewaktu mengandung sbb saya mempunyai alahan pada ayam dan daging.

d) Byk minum air putih- sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

e) Byk minum air jus buah-buahan- setiap hari saya pastikan saya ambil satu jus buahan seperti limau atau epal.

f) Minum air soya - tambahkan susu badan.

g) Makan kismis dan kurma - saya ambl nie setiap hari tp tak bykla, ambil dlm jumlah sederhana.

h) Minum air madu lebah asli - saya rajin juga minum nie, sbb madu adalah 7 makanan terbaik dunia dan ada zat tersendiri dlm air madu ni. Kalau saya sakit2 contoh batuk, selsema, sakit perut saya akan ambil air madu ni sbg ubat.

i) Banyakkan baca al-quran, surah2 maryam, yusuf dan luqmanul-hakim..ada byk surah2 yg bole dipraktikkan
Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
- Membaca surah Yassin hingga akhir
- Membaca surah Al-Taubah hingga akhir
- Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.
- Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.
- Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.
- Membaca surah An-Nahl, ayat 78
- Membaca surah Al-A'raf, ayat 189
(sumber: http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=34723)

j) Minum air kelapa muda- haha ni petua org tua2 la, katanya kalo minum air ni mudah nak bersalin dan kulit anak akan lembut.

k) Buat byk senaman yg bersesuaian untuk ibu mengandung..contohnya senaman ketuk ketampi..selalu tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan..selalu la berjalan-jalan dan jgn asik duduk2 saja, senaman jalan2 ni sesuai untuk bg kita aktif sikit dan mudahkan proses bersalin.

l) minum air kacip patimah - ni petua org tua2..dan saya tak pula cuba, tak tau berkesan atau tak..tp bolela kan nak cuba kan..

m) Kurangkan atau jauhi kafein ketika diawal kehamilan. Ditakuti akan menyebabkan kepada keguguran. Bole diambil dgn kadar yg amat sedikit selepas trimester kedua kehamilan. Kafein juga mampu mengurangkan penyerapan asid folik.

n) Ambil supplimen dan vitamin..cth, asid folik, kalsium, vitamin C dan fish oil..
info- asid folik amat penting dlm tumbesaran otak, dan saraf bayi, apa yg ditakutkan ialah kekurangannya akan menyumbang kepada kecacatan bayi. Kepada ibu2 mengandung diluar sana, pastikan asid folik yg diambil cukup. Makanan yg tinggi asik folik adalah barli, daging lembu, ikan salmon, tuna, gandum, bijirin, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, buah kurma dan sayuran berdaun hijau. 

Fish oil (Omega 3 Fish Oil) adalah untuk pembentukkan otak bayi pada trimester ketiga kehamilan. Sepanjang kehamilan saya ambil obimin, asid folik dan Halagel Omega 3 Fish Oil.

o) Minum susu anmum Materna..byk khasiatnya minum susu nie..minum hari2 tau..jgn skip pon..;p

selamat mencuba :) 

Wednesday, November 24, 2010

coding

sekarang...tengah menyibukkan diri
finalize dan update sistem..
finalize coding..
susun coding cantik-cantik..
supaya org lain bole paham..juga,jgn lupa letak comment ya pada coding..
tak haru biru nak amend coding itu nanti..

sekian..daripada seseorang yg hari2 tulis coding tanpa jemu..

Tips untuk banyakkan susu ibu..:)

Lebih byk kita kongsi info, lg byk jugak info yg akan kita dapat, jadi jgn kedekut ye kawan2..meh kita kongsi2 apa agaknya tips untuk byk susu badan bagi para ibu yg menyusukan bayi mereka..saya jugak tak terkecuali untuk menyusukan nely bermula dari dier baru lahir sampaila ke hari ini..saya masih susukan dia..alhamdulilah, walaupun tak secara eksklusif selepas enam bulan, tp masih menyusukan..:)

Saya menyusukan nely secara eksklusif selama enam bulan shaja (maksud eksklusif tu ialah langsung tak campur susu lombu atau apa jua jenis susu yg bukan dtg dari badan seorang ibu/wanita ), sbb bekerja kan kadang2 memang terkejar2, mana lg nak buat keje yg menimbun dan bila pulak nak memerah susu..tp pada kaum2 ibu seperti saya, misti paham, mahu atau tidak misti kene pegi pam jugak susu, kalo tak nt sakit tak pon susu akan melimpah keluar..rugi kan..sepanjang proses penyusuan secara eksklusif itu, saya byk amalkan petua2 untuk bykkan susu badan..dan mmg berkesan hokey!!...jadi cubalah..:)

a) banyakkan makan sayuran hijau dan pahit- contoh, sawi, bayam, kailan dan pucuk betik.
Ia mmg berkesan pada saya terutama sawi, sbb sawi senang jumpa dan saya mmg suka mkn sawi, kalo   nak mkn megi pon suka je letak sawi, jadi tak dak masalah mkn sawi walopun agak pahit kan itu sayur, air susu mmg byk giler..puas hati la ;p kalo masak sawi, saya lebih suka masak sayur air, campurla fishball or fishcake kasi sedap..

b) minum air longan- beli longan kering kat kedai herba cina.
Minum longan setiap hari, tak pernah tinggal. Rebus longan byk2 pastu letak dlm freezer. Saya buat manis2 sebab bila letak dlm freezer kan sejuk. Jadinya bila nak minum saya akan tambah dgn air panas supaya tak sejuk jadi air longan td tak tawar :) Air longan ni sedap tau..tak payah tunggu menyusu anak baru nak minum longan, bila2 pon bole minum...

c) Setiap kali sebelum pam susu saya kan urut dulu breast dari atas ketiak turun ke bawah menghala ke puting, Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan air susu. Tuam dgn tuala panas pon salah satu kekdah tuk melancarkan pengeluaran air susu.

d) Minum byk jus buah-buahan- apa2 jus pon saya belasah jer, asalkan air buah..mcm longan jugakla, tp jus buah ni adalah buah yg fresh la, segar dan terus buat jus..contoh buah, jus oren ke, carrot ke, epal pon sedap jugak..:)

e) Air soya - saya byk minum air soya, sbb ada buat research kat tenet cakap air soya bykkan susu ibu, jadi saya belasah je, ada jugak membantu. Boleh dikatakan setiap hari minum soya..:) sampai muak dah..;p

f) Minum susu Anmum Lacta - byk minum susu sgt membantu penghasilan susu ibu..mase mengandung pon saya dah minum susu anmum materna..hari2 hokey..naik meloya sudah, kadang2 amek jugak yg perasa coklat sbb bosan perasa yg sama..;p

g) Bykkan minum air putih - kesimpulan dari semua air yg diminum.haha..minumla byk air..apa juga air, air putih adalah yg terbaik, jadi jgn lupakan air putih, pastikan 8 gelas sehari, sampai nak buncit perut minum air..;p seriussss mmg kene minum byk gilerrr air ye...

h) Pil penambah air susu - saya ada ke farmasi tanya ahli farmasi kat sana, ada tak pil yg bole bykkan air susu- pharmacist tu ckp ada, tp mahal giler (tak ingat nama itu pil) dier ckp 8 biji dlm harga RM200++..makan sebiji sahaja dlm mase seminggu..dier ckp mmg berkesan..pil tu tak dak di farmasi tu, kene order..sbb? tak byk permintaan..jadi pharmacist tu hanya suggestkan saya utk ambil pil tambah zat susu contoh obimin la..selain dari fish oil. Fish oil pil saya amek jenama Halagel (Omega-3 Fish Oil)

i) Bykkan selawat dan berpikiran positif - ini mmg betol..seriusss tak tipoo..ada satu hari tu, keje saya mmg byk giler, error byk dlm coding nak kene fix sampai pening pala hotak ni pikir, jadi mase nak pam susu tu mcm tensyen la kan, seriusss air susu tak nak kuar, mulanya sy pelik sbb selalunya saya akan dapat pam dlm 200-240ml, tp mase tu cuma dapat dlm 100ml, seriusss pelik...dan tetiba terpikir mungkinkah sbb tensyen..then mase tu saya terus pegi solat, restkan otak, tarik napas dlm2..sambung balik pam, dan susu keluar seperti yg dikehendaki haha ;p..menakjubkan kan..tak percaya?..tak percaya sudahhh ;p kesimpulannya...kene pikir positif dan jgn tertekan/stress ketika nak pam susu.

selamat mencuba..:)

Tuesday, November 23, 2010

Makanan untuk bayi bawah 1 tahun..

Entry kali nie rasa mcm mahu sharing and caring makanan bayi terutama yg dibawah satu tahun.. makanan yg saya share ni adalah yg diberi pada anak saya, nely..:) Umumnya pada saya, mana2 ibu bapa pun, bila mula nak beri makanan pepejal pada anak mereka pasti dimulakan dgn Nestum iaitu produk makanan bayi dari Nestle..sbb utama? kerana semua ibu2 dah tau khasiat yg ada dan kualiti makanan juga adalah pada tahap yg baik..jadi rasa tak ragu2 kot nak bg anak mkn nestum..:) saya jugak tak terkecuali..saya beri nely mkn nestum bermacam2 perisa la, saya akan tukar setiap bulan supaya dier tak bosan..yela kan kita pon kalo hari2 bg mkn bende sama tak ke muak..harusla bosan kan, so sy tukar2 jugak menu makan anak saya, 

Dan pabila nely dah masuk 6 bulan, saya dah mula bg mkn nasi bubur..nasi bubur nely jugak berubah-ubah setiap hari..jugak ada mcm2 perisa..hehe..misti ada kentang dan carrot dan kadang2 letak sawi jugak bunga kubis, lauk plak saya akan letak samada ayam, udang, ikan bilis atau sotong..entry akan datang jugak saya akan share cemana nak buat bubur nasi yg sedap supaya anak2 anda2 semua tak kan skip pon waktu mkn mereka, dan misti mkn sampai licin mangkuk...haha..betoll tak tipoo :)

sedap ini cerelac..rasa prune :)
Selain beri mkn makanan berat, saya jugak bg nely mkn biskut sebagai kudapan waktu pg atau petang la..:) saya suka bg biskut dari Heinz dan juga Baby Bites..cuba bg pada anak2 anda, sure depa suka punya..;p dan jgn lupa jugak, beri anak anda minum air putih byk2, supaya die lawas dan senang buang air besar..setakat nie nely tak dak masalah lg la dgn makanan yg saya beri, cuma kadang2 bila terkurang sikit minum air putih ada la sekali sekala susah buang air besar..bole kata setiap hari nely akan buang air besar, dan setiap kali jugak saya kan check najis dier samada elok atau lain mcm ke, takut2 jugak makanan yg diberi tak sesuai kan..setiap budak lain gayenye..

ni biskut yg selalu bg nely
baby bites nie lembut bila dlm mulut, baby tak kan tercekik..(setakat ni anak saya tak pernah lg tercekikla)


mushroom soup tu bolela beri kalo anak dah lebih 9 bulan..:)
semoga anak2 kita membesar dgn sehat dan kuat :) yay!!

Monday, November 22, 2010

Kenduri arwah rumah Kak Yah..

Petang  balik dari gambang tu, terus pulak ke rumah kak yah, katanya ada kenduri arwah..masak gotong royong la sesama jiran tetangga...memandangkan kami tiada nak tolong masak2, kami hanya datang tolong mkn hahhaha..;p tu pon dah petang giler kami datang dalam kul 5 ptg mcm tu..:) sedap2 lauk kak yah..antaranya sambal sotong, ikan kembong dgn cencaru bakar, air assam, masak lemak nangka, ulam ulaman, air oren dgn teh o panas dan sebagai pencuci mulut, pekena la bubur pisang..nyum nyum..burpppsssss...;p

bubur pisang
tuan rumah..(sebelah kanan saya)

Sunday, November 21, 2010

Company Trip - Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang -..Day 3

Hari ketiga kat Gambang, tiada yang menarik..habis sarapan pagi..semua orang bersiap-siap untuk balik, kami bertolak balik pukul 12tghari..haha sebelom balik kami pi bergambar kat tepi tasik... cantik la pemandangannya..;p jangan muntah darah yer tgk gambar kami hikhik..;p


hehe...sekiannn..;p

Company Trip - Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang -..Day 2 (Annual Dinner)

Malam hari kedua kami kat Gambang, ada annual dinner..dinner bermula pada pukul 8 mlm dan berakhir pada pukul 12 tengahmlm..:) Macam2 jenis makanan ada, makanla sampai mabuk ;p ihiksss..acara dimulakan dgn ucapan daripada GM Atlas Copco Malaysia..



ikan bakar
rojak buah..
lobsterrr...sedap gilaaa ana!!;p
wahhh penuh..;p

Sambil makan-makan ada mcm2 persembahan..ada silap mata, ada cabutan bertuah, ada tarian daripada kumpulan tarian gambang resort city dan jugak persembahan tarian ala2 Michael Jackson...hoho..;p cabutan bertuah ada 3 sesi..huh tak berapa nak bertuah mlm tu ;p kesian kan...hadiah best2 hokey..contoh hadiah :
1) LCD Samsung 42 inch
2) iPad
3) Samsung Galaxy
4) AndroidPad
5) Kamera Sony

Pastu ada la lagi hadiah kecik2 mcm voucher Jusco RM100, voucher ISETAN RM100, Nokia Bluetooth..:)
Ohh , mase kat entrance dapat cenderahati..means semua staff dapatla..

Sambil mkn sambil bergambar yer..;p



Habes jer cabutan bertuah, balik tidorrr la..nely dah tersengguk-sengguk kat bahu saya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...