instagram

Thursday, July 28, 2011

Dominos untuk org yg malas masak

salam all :)

Semalam malas masak..penyelesaian??

Order dominos jela..pada saya dominos pizza lebih sedap dari pizza hut walaupun saya pernah bekerja di pizza hut selama 5 bulan :p

Beli pakai kupon je RM35..2 regular pan pizza and union rings ..weeeeee :)

chicken pizza
seafood pizza

Wednesday, July 27, 2011

Hepy besday abang!!

salam all :)

Hari ni besday suami saya yg ke-32..:)

Semoga suami saya panjang umo,dimurahkan rezeki dari Allah S.w.t dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya ..

Sehingga ke detik ini, saya sangat amat bersyukur padaMu ya Allah diatas rahmat dan kebahagiaan hidup yang kami perolehi hari ni..kami bersyukur padaMu ya Allah diatas rezeki yang tak pernah putus2 dariMu ya Allah..semoga kami sekeluarga menjadi hamba yg bersyukur padaMu..

Kekalkanlah kebahagian keluarga ini ya Allah..

suami saya adalah perkara terindah yg pernah ada dlm isup saya :)

Tuesday, July 26, 2011

tukar cermin kereta..

salam all :)

Memang pening pala sungguh kalo bab maintenance kete kan..banyak pakai duit..kete mahai tinggi la maintenance nya..:)

Keta kitaorg ..cermin depan tu dah retak mase balik Tanjung karang dulu..2 kali batu terbang kene cermin tah datang dari mana tah....satu dah berlubang dan satu retak melintang..pernah pegi repair sekali tuk mengelakkan retak jadi semakin panjang..

Pastu En.J dah pun amek insurans untuk cermin..then kitaorang bole tukar cermin free..yay!!kalo tanpa insuran pegi tukar kat kedai gitu je harga dalam RM800++ kot..

ahad lepas tukar cermin kete kat Dr. Cermin, Sri Muda seksyen 26 shah alam..letak tinted sket kasi gelap..:)

Monday, July 25, 2011

Dinner at Tony Roma's

salam all :)

Hari Jumaat lepas keje..rasa mau jalan2 sunway pyramid :) Bagi idea kat En.J pekena Tony Roma's sat :)

lepas maghrib terus gerak..sampai dalam kul 8.30 malam :)..lapo bebenor dah ni..
saya order ayam BBQ..sebab saya alah daging, so En.J amek daging..Beef Short Ribs :)

Cappucino and ice lemon Tea
Beef Short Ribs
BBQ 1/2 Chicken
ada nasik sebab tekak melayu ;p

**pulang dengan riang sebab berjaya menternak lemak dgn jayanya :) yay!!

Friday, July 22, 2011

suatu petang di taman permainan depan rumah :)

salam all :)

setiap petang selepas balik kerja nilah rutin saya...:)

bawak nely bermain2 kat taman permainan depan rumah..ermmm dekat je..

hari ni bawak kamera..tgk gelagat dia..:)

Thursday, July 21, 2011

Rayyan Fantasi

salam all :)

Saya tengah layan novel ni..Rayyan Fantasi..dan saya adalah peminat tegar Ramlee Awang Murshid ;p


ini sinopsisnya :)

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
sumber : klik sini

Wednesday, July 20, 2011

Ramlee Burger Bukit Tinggi Klang

salam all :)

Acara makan2 kali ni berlangsung di Restoren Ramlee Burger Bukit Tinggi Klang...betul2 berhadapan dengan Jusco Bukit Tinggi Klang..on the way balik dari Tanjung karang ke shah alam..singgah sekejap pekena burger untuk minum petang :)

Restoren sangat nice dan selesa dan harga adalah sangat berpatutan :)..LIKE!!

Selain restoren untuk makan kat situ, depa jugak ada menyediakan semua produk dari Ramlee..bole beli kat situ jugak macam ada kedai runcit la kat dalam situ..

set burger lembu RM5.50
Burger ayam oblong RM 4.50
kebab ayam berempah RM 2 untuk 3 batang

ole-ole dari bandung :)

salam all :)

opismate saya baru balik dari bercuti dan ada ole2 dari sana :) 2 helai pashmina :)

tengkiu kak salina :)

Tuesday, July 19, 2011

Bercuti di Tanjung Karang #episod 3

salam all :)

ada lagi beberapa keping gambar sekitar tanjung karang :) jelapang padi

Sunday, July 17, 2011

Bercuti di Tanjung Karang #episod 1

salam all :)

Hari sabtu pepagi buta sudah berangkat ke Tanjung Karang sebab nya ada kenduri arwah..kene balik awal kot2 bole tengok mana yang patut nak tolong...

tapi tak tolong pon..huhu tolong tengok jek ;p

Kenduri cam biasa buat nasik ambeng..ohhh itu adalah makanan tradisi orang jawa yer..ada nasik,ayam goreng, mee goreng, sambal goreng dan serunding kelapa...letak dalam satu talam...lapik daun pisang kasi wangi :)


lepat ubi
sambal goreng tempe
mee goreng
nasi ambeng

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...