instagram

Wednesday, February 29, 2012

Jadual saya dah kuar la..


salam all :)

semester 4 yang bakal saya lalui :)
gud lux for me :)

WW




Kelebihan solat sunat Dhuha

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

Justeru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

sumber : http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/kelebihan-solat-dhuha/
http://hassanadlio.blogspot.com/2009/08/kelebihan-solat-sunat-dhuha.html
http://ummiadam.teratakrindu.net/?p=310

Tuesday, February 28, 2012

The Corus Paradise Resort, Port Dickson

salam all :)

Mase bercuti kat PD minggu lepas, saya menginap di Hotel Corus Paradise Resort..

hotel sangat besar dan cantik..dua building sebelah kanan dan kiri ialah apartment untuk sewa or menginap beberapa hari..selalunya time cuti sekolah memang penuh...:)

bilik besar sangat dan ada 2 katil besar..

sarapan pagi jugak termasuk dlm package..kat bawah saya letakkan info untuk hotel ni, bole view website dia kalo rasa2 nak stay cni kalo singgah di PD :)


Pemandangan dari atas


No Telefon dan alamat

Tel: (606)647-7600
Fax: (606)647-7630
Toll-Free: 1-800-88-8575

Address:
3.5km, Jalan Pantai,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia

Reservations & Enquiries: resvn@corusparadisepd.com
Sales Office: sales@corusparadisepd.com
Website : http://www.corusparadisepd.com/index.php
2nd Floor, Room Number 6, Corus Hotel Kuala Lumpur, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Telephone (603) 2162 4585
Fax (603) 2164 4511

Monday, February 27, 2012

"STB starting up..please wait a moment.." - selesaikan masalah ini!

salam all :)
Semalam saya dapat masalah ni di astro saya..

"STB starting up..please wait a moment..."..maka saya gugel utk mencari jawapannya..huh semuanya dihujung jari kan?? :)

so,ini adalah cara-cara membuatnya..:)

1. Tutup semua suis Astro anda.

2. Kemudian bukak kembali semua suis Astro anda.

3. Pada screen decoder anda, akan keluar perkataan "Boot" seperti gambar ini.



4. Kemudian anda perlu tekan "CH+" dan "CH-" pada decoder anda serentak dan tahan sehingga perkataan "CLR" keluar di screen decoder anda. (Peringatan: Jangan tekan "CH+" dan "CH-" di remote anda, pastikan tekan di decoder anda.)

5. Kemudian decoder anda akan reboot sekali lagi secara automatik. Biarkan sahaja sehingga "Setting" keluar di tv anda.

6. Pastu, perlu tekan "OK" je setiap masa sehingga la proses selesai.

Sekarang anda sudah boleh menonton siaran anda seperti biasa..kalo ada masalah ni berlaku, selamat mencube!!

saya dah cube dan ia sangat berjaya..yay!!
sumber : http://paihkimy.blogspot.com/2011/02/troubleshoot-astro-beyond.html

Kota dan Muzium Lukut

salam all :)

Sebelom balik ke rumah, singgah dulu kat Muzium Lukut..konon2 nak tengok barang2 sejarah la kan ;p

muzium nyer tak la besar mana..2 tingkat dan konsep muzium adalah rumah kayu..100% kayu asli..macam masuk rumah zaman kesultanan melayu melaka pun ada (cetttt macam penah idup dlm zaman tu ;p)

tapiii..dah masuk dalam muzium itu,anda tidak dibenarkan mengambil gambar...cesssss,hurmmm ok x pe,kat dlm x bole, kat luar pun hokay, mak tak kesah ;p

kawasan halaman muzium adalah sangat luas..penuh pokok gitu, yg pastu muzium ni diatas bukit dan macam ke dalam hutan sket..:)barula mak feeling2 zaman kesultanan melayu melaka kan ;p
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni sejarah penubuhan muzium Lukut ..

Pengenalan
Muzium ini dibina oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan. Ia dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd. Isa Bin Dato' Abdul Samad pada 9 April 1999. Ia dibina sebagai satu tanggungjawab menyebarkan maklumat sejarah dan budaya di Negeri Sembilan untuk ditatapi oleh masyarakat tempatan, para pelancong luar negara serta para pelajar dan penyelidik sejarah. Muzium ini memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (Negeri Sembilan) pada tahun 1880.

Terdapat 4 galeri utama iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional. Pelbagai koleksi dan bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah kegemilangan Lukut telah dijelmakan kembali dalam bentuk ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya untuk dipamerkan kepada pengunjung. Pastinya sejarah kegemilangan Lukut akan terus diingati dan dikenang dalam sejarah negara.

Galeri Sejarah Lukut
Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Jumaat Bin Raja Jaafar (1847 - 1864). Lukut ketika itu merupakan satu daerah yang terpenting disebabkan oleh hasil kegiatan perlombongan bijih timah yang amat pesat sekali. Galeri ini mempunyai beberapa segmen antaranya Latar Belakang Sejarah Lukut, Kota Lukut Sebagai Kota Pertahanan, Lukut Pesat Ekonomi dan Pentadbiran, Lukut Dalam Aspek Politik, Laporan Kapten Macpherson dan Perlombongan Bijih Timah di Lukut.

Waktu Lawatan
Isnin - Ahad: 9.00 pagi - 6.00 petang
Tutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan hari pertama Hari Raya Aidiladha
sumber : http://www.jmm.gov.my/ms/museum/muzium-lukut




nely sempat lg singgah kat taman :P haishhhh
Sedikit sejarah tentang Kota Lukut :)

Pekan Lukut terletak di negeri Sembilan . Mengikut jalan lama dari Seremban ke Port Dickson, anda akan temui pekan Lukut di pertengahan jalan . Ramai penduduknya terdiri daripada kaum Cina. Sebelum ini , Lukut dan Sungai Ujong mempunyai konotasi yang sama. Ia ada kaitan dengan Datuk Kelana Sungai Ujong, Negeri Sembilan.

Lukut pernah terkenal kerana ladang ternakan babi yang luas dan merebaknya virus nipah di Bukit Pelanduk .

Kota Lukut dibina oleh Raja Jumaat Raja Jaafar pada 1847 ketika pemerintahan Sultan Selangor yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857). Kota ini terletak di atas bukit yang dinamakan Bukit Gajah Mati atau disebut juga sebagai Bukit Raja.

Kota yang berbentuk empat segi bujur yang berukuran lebih kurang 200 meter panjang dan 170 meter lebar ini dikelilingi parit yang dipasang dengan ranjau yang mempunyai kedalaman di antara tiga hingga lima meter dalamnya dan pelawat boleh melihat pemandangan Sungai Lukut, Selat Melaka dan kawasan sekitarnya.

Semasa Raja Bot memerintah, banyak tentangan dihadapi daripada musuh terutama daripada Sultan Sulaiman (Sungai Raya) yang enggan tunduk kepadanya. Kota Lukut diperbesarkan dan diperkuatkan dengan kawalan 30 orang askar Arab bagi menghadapi sebarang serangan musuh.

Kegawatan politik dan kekacauan yang berlaku ketika itu akhirnya melemahkan kewangan Lukut dan sedikit demi sedikit menghakis kemasyhuran Lukut.

Lukut dibuka oleh Tengku Busu yang berketurunan raja dari Selangor yang memulakan aktiviti perlombongan bijih timah . Lukut akhirnya menjadi pusat perlombongan bijih timah yang penting. Sungai Lukut dan Sungai Ujong merupakan lombong bijih timah yang utama .

Kota Lukut pernah melahirkan tokoh besar seperti Raja Busu, Raja Jaafar, Raja Jumaat dan Raja Bot yang merintis sejarah kegemilangan Lukut.

Terdapat sebuah muzium di sini yang dinamakan Muzium Lukut.
sumber : http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=826919

Sunday, February 26, 2012

sarapan pagi dan jalan2 tepi pantai

salam all :)

Mulakan hari dengan sarapan pagi yg mcm2 ada :)

saya amek nasi lemak gulai ayam..En.J makan roti canai..saya rassa juga mee sup dengan bubur nasi..semua sedap kecuali bubur nasi saya rasa ada kurang rencahnya :)

lepas je makan..nely nak mandi2 kolam lagi..terpaksa layan ;p..setengah jam berendam dalam kolam..jalan2 tepi pantai pulak :)

nely syok lari sana lari sini..luas gamaknya macam tak cukup kaki je nak lari kekdahnya huhu ;p lepas snap picture mana patut terus balik bilik rehat2 sekejap sblm check out..sebelom tu pekena dulu kopi secawan :)

tepat je kul 12, terus check out dan pulang :)

sebelom tu kami singgah kat Muzium Kota Lukut :) yang tu saya cerita lepas ni yer..:)




Thursday, February 23, 2012

Medan ikan bakar Majlis Perbandaran Port Dickson

salam all :)

Lepas maghrib je, kitaorang terus kuar makan malam, mase petang tu dah round2 jugak cari tempat makan ikan bakar..so bila pusing2 terjumpakla medan ikan bakar Majlis Perbandaran Port Dickson ni :)

Nak kata sedap sangat tu tidakla..ok ok jela..

kalo tanya tekak saya, Sekinchan ikan bakar sedap lagi kot ;p

Harga dia pun bole tahan mahal..oleh kerana sayur yg ada hanya 3 jenis pastu x der kangkung or kailan, so kami tak amek sayur pun..cuma order ikan siakap bakar, sotong goreng tepung dan telur dadar..:)

sotong goreng tepung dia agak sedap..walopun saya order sekor je, tapi nampak sangat banyak ;p

air asam utk ikan bakar tu kene improve skit..kureng sedap skit pada tekak saya..keseluruhannya, bolela kalo sesapa yg singgah PD nak try ikan bakar..

yg paling best, restoren ni terapung dan mengadap laut..so angin sepoi2 bahasa pasti menyapa anda :)

Nely mandi kolam :)

salam all :)

Minggu lepas hari sabtu and ahad, sesaje je jalan2 cuti2 mesia..orang stadi sabtu dan kadang2 ahad memang susah nak cooti2 ni...bila time cuti semester jela baru bole kot :)

cari tempat dekat2 sudah..pi PD je, nak gie bukit tinggi tempat penginapan mcm tak best plak, pegi balik hari bolela..lain kali baru pi sana la..

Hari sabtu bertolak pukul 10 dari rumah..dalam sejam lebih dah sampai..

mula2 dah search kat tenet nak dok kat Avillion Admiral Cove..tp bila pi tanya,bilik deluxe room dah habes..tula sebabnya bila x booking ;p bukan x nak tp takut2 x jadi plak..tp bila tgk kat tenet pun bilik depa macam banyak lagi..x sangka plak bole habes..haishhh

pastu apa lagi, jalan2 cari hotel la..memandangkan banyak je resort kat tepi jalan tu..singgah2 jela tanya..dan akhirnya berkenan kat Corus Paradise Resort :) cantik jugak hotel ni..

citer pasal hotel ni saya akan buat next entry yer..pemandangan hotel sangat cantik bila ditepi pantai kan :)..kami amek bilik mengadap pantai..saujana mata memandang :)

entry ni,meh tgk gambar nely mandi kolam..sama pelampung engry bird..hahah




Lepas mandi manda, rasa lapar pula..

En.J selalu jugak ke sini atas urusan kerja, jadinya dia tau satu gerai sedap makan laksa penang..pi minum petang kat sana..laksa sama goreng pisang :)

alas perut sebelum nak mkn malam :)


makan malam kami sekeluarga makan ikan bakaq..will update later yer :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...