instagram

Wednesday, August 29, 2012

Cinta Di Langit Gaza


||sinopsis||
Cinta sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia. Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang, cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya. Buku ini diletakkan tajuk ‘ Cinta dilangit Gaza ‘, bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya, kehadiran di bumi Isra’ itu sangat meruntum jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Secara jujur rasa cinta pada bumi rebutan itu telah menyelinap urat darah dan dalam denyut nadi saya, cinta menyebabkan kita merasa rindu.

Merindui sebuah kebebasan kepada Al Quds, kiblat pertama umat islam, juga kerinduan hidup dibawah Syariat Islam. Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang dengan agama, terutama akhlak para pejuang yang bergabung dalam HAMAS. Terbit daripada perasaan cinta yang halus ini saya meninta sketsa pengalaman yang paling berharga, untuk berbahagi dengan anda semua. Buku ini juga wahana untuk berkongsi pengalaman dengan niat merangsang insan lain untuk turut meletakkan telapak kaki di atas jalan kebaktian, menerusi kerja-kerja amal adalah niat utama untuk saya meninta pengalaman ini.

Saya telah diberikan kesempatan oleh Allah yang maha perkasa untuk melangkahi beberapa benua untuk menyantuni umat islam yang disengat kesusahan dan kejerihan. Misi kemanusiaan dengan kepayahan yang berbeza, perang di Palestin, gempa bumi di wilayah perbukitan Pakistan dan Kashmir, kemelaratan dan pengasingan di Cambodia, Tsunami di Acheh dan Jawa Barat, di keronyok gempa di Jogjakarta, menyantuni pelarian di Lubnan, berkongsi sedikit kemewahan dengan umat islam Bangladesh melalui program korban. 

Allah yang saya cintai sentiasa membuka ruang untuk saya dan teman-teman berbuat kebaikan , kasih sayang Allah yang melimpah juga telah membawa saya kesebahagian besar dunia ini, melihat dunia yang sangat rencam dan pelbagai.
rujukan : http://www.goodreads.com/book/show/8772410-cinta-di-langit-gaza
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

salam all :)

Hari raya kelima dan keenam saya berjaya habeskan baca satu lagi buku tulisan Riduan Mohammad Nor..first time bagi buku tulisan beliau..:)

komen saya..buku ni sangat meruntun jiwa..terkesima sekejap dan tilik balik diri sendiri apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka..kerdil amat..
serta merta terlalu amat bersyukur dengan rezeki kurnian dari-Nya..
betapa kadang2 kita leka dan lalai dengan harta dunia..kejar pada yg tidak perlu tapi lupa pada yg kekal abadi..

lebih banyak membaca lebih banyak mengajar saya..ilmu datang dari membaca..
so kawan2..bacala dan carila ilmu selagi terdaya..bekalan di akhirat jua..
buku tulisan beliau Memoir Tragedi Memali pun macam menarik :)

salam aidilfitri ke-11..

Tuesday, August 28, 2012

kolam ikan wan nely :)

salam all :)

Balik raya kali ni baru berkesempatan update gambar kolam wan nely yg sudah siap diisi dengan ikannya :)
hari tu balik x sempat sbb pagi tu ke majlis pengkebumian tok ayah saya..
jadi langsung tak sempat dan x dak mood pun nak amek gambar..

kolam siap dah letak kangkung dgn teratai..
rasa nak mkn kangkung haaa petik je kat kolam tu ye maktok nely ;p
muahhahahaha...;p

ikan kat dlm tu ada sepat, tilapia merah dengan haruan..
pokok2 sayur dan buah pun ada berhadapan dengan kolam..ada buah betik dan anggur tapi anggur belum lagi mengeluarkan buahnya..;p

ada pokok cili, tomato and bayam..lepasla buat tokwan nely nak buat sepiring sambal belacan..
hiasan batu-batuan kecik tu masih dalam pembikinan..x siap lagi sepenuhnya..
yg penting pokok2 tu amat menyejukkan mata yg memandang..:)
tula kelebihan dok kat kampung..nyaman dan menyegarkan..;)

pokok anggur
pokok cili

Monday, August 27, 2012

iftar di Bukit Kemuning Golf and Country Resort

salam all :)

ini entry dah basi tapi mahu jugak ditunjukkan..
iftar kat Bukit Kemuning Golf Club..:)

ingat nak release masa hari rabu tu tapi oleh kerana excited melampau nak balik kampung maka terus terlupa ;p bole cam tuh ;p
sekejap je raya seminggu kat kampung..
tak puas lagi makan masakan bonda saya..

raya haji nanti saya balik lagi la :)







raya 2012

salam all :)

selamat hari raya semua..:)
ngeeee saya masih dlm mood raya :)

lambat update blog sebab sangat malas..;p
so macam biasa saya sekeluarga beraya di kedah..
lepas balik kedah baru ke Tanjung karang..:)

raya kali ni pun saya sungguh malas ambil gambar..gambar ni je la yg ada..
raya kedua dah malas ..hehe..;p




Wednesday, August 15, 2012

selamat hari raya..maaf zahir dan batin :)

salam all :)

malam ni lepas buke puase saya akan berangkat balik kampung...yehaaaaa!!!!!tak sabar..
harap semua selamat dan perjalanan dipermudah..:)

selamat hari raya to u olsss..
maaf zahir batin andai tulisan saya ada yg terguris hati dan perasaan..
tercalar kembali luka lama..ewahhhhh ;p

doakan keselamatan saya..
ampun dan maaf dari saya sekeluarga..

yang benar,
shark utopia..:)

Arzu

salam all :)

Jalan2 cari tudung raya saya ialah di Arzu Butik..midvalley megamall
ada 2 je butik Arzu ni kat Malaysia ..selain midvalley hanya ada kat suria klcc..

Kalo u olss tertanya-tanya harga tudung kat cni..memang agak mahal..
tapi shawl dan scarf diorang mmg cantik dan of kos la berkualiti kan..:)

harga untuk shawl panjang biasa schiffon ialah RM159..
dan kalo shawl yg cantik2 dan blink2 dan material sciffon yg lembut from RM199-RM399

Yang saya beli tu ada promosi..3 helai untuk RM150..
inner cotton dia sangat sedaaaap pakai..puas hati so harga hanya RM40 untuk 3 helai..x bole beli selai2..kene beli 3 sekaligus..
warna ada banyak sangat pilihan..sori saya mmg x bole amek gambar..kalo bole sure saya kasi u olss tengokkan :)

selain tudung, dress pun ada..jubah..baju kurung, kemeja..macam2 la ada..
dan mmg mahal..hahahha ;p

mase saya pegi diorang ada beri kurma dan hair clip untuk nely..wahhh siap free gift lagi :)
ok..kalo u olss nak singgah ni alamat nye..so hepy shoping :)

alamat di midvalley
F-098 & 099 First Floor
Midvalley Megamall
Tel : +603 2284 5144

alamat di suria KLCC
Second level
Suria KLCC
203C-205
Phone 03-2382 1655




Tuesday, August 14, 2012

nely kene kerat ramboot..

salam all :)

Wahh hari ni dah 26 ramadhan kan..cepat betoll dah sebulan..
semoga puasa kita semakin hari semakin baik :)

tiba2 saya jadi rajin nak kerat rambut anak saya..kasi pendek lebih mudah nak uruskan..
bole jugak dikatakan rambut raya ;p :) ngeeeee...

naseb baik dia mau dok diam2 tapi kadang2 pusing jugak kiri kanan..lenguh kot ;p






Monday, August 13, 2012

rumah saya sudah bersedia untuk raya..anda bagaimana - tahun ke-2 :)

salam all :)

sebelum saya post entry makan2 kat golf resort lepas..buat entry ni untuk tahun ke 2..
tahun lepas ada juga entry ni..:) bole diteruskan untuk tahun2 berikutnya..:)
selagi nyawa dikandung badan..

u olss dah kemas umah buang habook kah?? saya buat mana termampoo..
bukan rajin sangat ai ni ;p bukan nak raya kat umah ye dok ;p
naseb baik umah saya kecik kan ;p

kita kan balik kampung ;p
yay!! rabu ni saya sudah mahu berangkat..tak sabaq..saya rindoo mama saya :)





semoga ramadhan kali ni lebih baik dari yg sebelumnya..
semoga jugak kita jadi insan yg lebih baik dari sebelumnya..

saya doakan semoga semua u olss bahagia dan murah rexeki..
salam ramadhan ke 24 dari saya..:)

Friday, August 10, 2012

mak dara posing

salam all :)

saje mak gatal tangan letak gambar posing..lama x posing kan :) kalo rasa nak muntah tengok mak dara posing..sila la ke toilet ;p

nanti saya update event buka puasa ni :)
selamat berpuasa u olss :)



photographer : Nurul Huda Samsudin
Lokasi : Bukit Kemuning Golf and Country Resort, Shah Alam

Wednesday, August 8, 2012

baiklah..

assalamualaikum semua sahabat2 saya sekalian..:)

ok bunyi macam seperti penglipur lara konsepnyer..;p
baiklah kawan2..
sebenarnya saya x tau nak tulis ape di blog saya yang sangat teruk rupanya kebelakangan ini..

tapi saya kene tulis jugak sebab banyak pulak viewer saya ;p (konon budget retis ;p)
kesian pulak org masuk blog kita tapi langsung x der bende berguna yg di update..(konon2 entry yg ditulis ni sangatla berguna ;p)

lagi satu punca yg menjadikan saya malas nak hupdate blog adalah kesedihan melampau saya akibat result exam yg sangat mendukacitakan :(((
haihhh tapi x baikla bulan2 posa ni x redha dengan rexeki yg Allah s.w.t bg pada saya..
apa pun syukur atas semuanya yg dah selamat dan tinggal satu semester lagi untuk saya habeskan..
kawan2...doakan saya yer..:)

lagi satu, sebenarnya saya nak terima kasih sangat kat u olss yg sudi hari2 singgah dan baca my blog yg x seberapa ini..
x der info berguna pun yg saya share..sikit2 je pun..tp masih ramai yg datang menjengah..
disebabkan itu saya dah pun cash out check pertama saya untuk nuffnang..tengah tunggu tak tau bila mai..:)

saya malu pulak nak letak result saya sebab kurang bagus tapi semester lepas2 semua saya letak..
tengokla bila rajin nt saya letak..u olss nak ke tengok?

buku yg sedang saya menelaah skang ialah najib razak..citer perjalanan politik beliau..:)
dalam bahasa inggeris..
dan buku ni saya beli online di mph..dah sampai pun dengan selamatnya guna post laju..
kalo zalora diorang guna Gdex..:)
x kesah mana2 janji barang ai sampai :)

ok..baiklah..:)
gambar di bawah sekadar hiasan yg lebih mencacatkan blog saya ;p

nak tengok bole..tak nak tengok, tutup je browser u olss ;p
hari ni dah 19 ramadhan..sekejap je kan :(
slamat berbuke semua..
bye..


Thursday, August 2, 2012

mayada dan tingkah politik

salam all :)

saja saya mahu kisahkan buku novel yg saya dok ralit baca minggu lepas sampai seminggu lebih x hupdate blog..
novel pertama tu ialah Mayada,Daughter of iraq..sangat best ok citer ni...
best nak mamp** ;p

kalau u olss baca mak tak taula u olss kata best ke idok..tapi mak memang suke citer politik cenggini..
citer tentang mase zaman pemerintahan iraq dibawah saddam hussein..

sangat kejam pemerintahan saddam hussein di iraq kalau u olss nak tau..
sebelum ni saya mmg sangat mengikuti cerita iraq mase zaman saddam ni dulu sampaila zaman kejatuhan dia iaitu dia dijumpai di dalam lubang bersembunyi..ish ish ish
trajik giler kot..

sedikit overview cerita..mayada ni keluarga dia orang besar2 di iraq..Datuk dia sebelah mak iaitu Sati Al-husri ialah bijak pandai dan cendikiawan iraq..kalau u ols gugel nama tu sangat banyak..so info is there..:)
Datuk sebelah ayah dia plak ialah menteri pertahanan di Iraq..
so dia bukan org kebanyakan la..ada pangkat dan kedudukan..
dan jugak saya rasa merupakan salah satu sebab kenapa dia bole terlepas dari jail tu..

gambar tu ada dalam majalah Massa..
apa yg pasti saya suka cara penulisan Jean Sasson..mudah paham x belit2..tak der patah kata yg terlalu bombastik..
pasni nak angkut semua tulisan dia termasuk Rape in Kuwait..


Buku tingkah politik ni dalam bahasa melayu so lebih mudah difahami..
cerita semua pasal isu politik sekarang ni..

biasa la pada sapa yg suka politik tanah air dan juga pemerhati politik..bole baca buku ni..
penulis tak sokong mana2 parti..semua berdasarkan pendapat beliau sahaja..
saya suka tulisan penulis ni..Rahman Shaari..


bye u olss..
berbuke ape hari ni ??
jumpe di next entry..

Wednesday, August 1, 2012

online shoping di zalora

salam all :)

u olss dah beli baju raya ke??
mak dah beli dah..simple2 sudah..;p

dah versi mak2 dara kekdahnya raya ala kadar saje..
bg anak jela melawo..:)

baiklah mak nak share bende baik jugak kat cni..
shoping online di zalora..

mula2 saya ingat harga di zalora ni mahal..
tapi x pun..sederhana saja..bolela nak memenuhi poket saya yang x berapa tebal ini..

ada je baju yg mahal dan ada jugak yg murah..bukan semua nya murah ye adik2..
tepuk dada tanya poket laki..ehh ehh??;p

ni website dia..http://www.zalora.com.my/
bole la tengok2 mana yg berkenan di hati..
kasut beg segala macam ada, mak bapak je tak der kat ctu ;p..one stop center la konsepnyer..:)


sebelum shoping tu..kene register dulu..
payment macam biasa..paypal ada, maybank2u, cimb clicks, debit credit card and so on..
aaa lagi satu,free shiping..tu yg best kan :)

jadi..moh ler kita beli :)
bye..salam ramadhan ke 12 :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...