instagram

Friday, November 30, 2012

world famous painting people

salam all :)

Jom kita main ini permainan..
menjana minda disamping menambah ilmu..
sapa bole bg jawapan yg tepat melebihi 5o orang..dianggap genius!!


Tuesday, November 27, 2012

nurul besday celebration :)

salam all :)

Hari ni besday kawan baik saya..
selamat hari lahir utk dia..semoga panjang umo dan murah rexeki..

saya sentiasa doakan yg baik2 sahaja utk kamoo geng :)
semoga sentiasa bahagia dan dirahmati..
semoga dengan pertambahan usia akan mematangkan kita :)



Friday, November 23, 2012

di tepi pantai ;p

berehat gaya ditepi pantai konsepnyer..tiba2 pakai spek pastu baring feeling retis ke ape ;p

Tuesday, November 20, 2012

Kenapa Yahudi amat berkuasa


Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan. Artikel asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Why Are Jews So Powerful?

Palestin, gaza dan boikot!

salam all :)

cerita perihal Gaza nampak gayanya tidak habis2..
dari dulu sampai sekarang cerita Palestin ranking pertama konflik berdarah di dunia lepas bosnia dulu2..
dulu mase kecik2 dalam darjah 3 macam tu, bapak saya peminat berita dunia tv1 pukul 10 malam..setiap malam dia akan tunggu..

kalo saya masih belum tidur maka saya akan turut serta mendengar berita tu walupun mmg tidak paham..
yela darjah 3 kot..paham ke cerita dunia..
tapi yg terngiang2 di telinga ialah bosnia herzegovina..mungkin ada cerita palestin tp x terkesan plak di minda mase tu..

anak2 kecil mati bergelimpangan ..itu cerita biasa..
org tua dan muda mudi diseksa kejam sehingga mati..itu juga cerita sehari-hari..
melihat darah terpercik merata-rata ..masih juga cerita biase2..
persidangan mencapai kata sepakat kononnya utk keamanan jugak selalu kita dengar..
tapi yg x penah didengar ialah terhentinya bunyi bedilan roket dan meriam tentera yahudi laknatullah..
semoga Allah s.w.t melindungi umat islam di Palestin sana..



sebagai rakyat yg hanya mampu membantah cerita duka berdarah Palestin
selain dari bantuan wang..bole jugak kita boikot mana2 yg patut..
x mampu pulak rasanya nak buat bantuan kemanusiaan kat sana :(
boikot mana yg mampoo..

Edushape - mainan nely beli kat Jusco sudah..brand pelik2 mmg mak tak beli..!!
Revlon/Loreal - alamak ai baru beli estee lauder..last!! xbeli dah pasni..setia dengan elizabeth arden je..
aramis/dona karan - pakai minyak atar je..murah..
johnson and johnson - alamak stok byk dlm lemari..pakai cary junior la pasni
underwear calvin klein/hugo boss - huh, pakai brand giant je ;p
maggie -  alamak baru makan semalam..tak pe pasni ganti dengan megi ruski..sedap u olss :)
nestle - minum milo je jenama nestle..pasni ganti dgn vico la plak ;p
timberland - hush puppies sudah..
kotex - mak pakai kotex la..ada brand lain yg lebih baik??
coach - mampu pakai longchamp je ;p
siemens - brand ape nih ?? :p
starbak kopi - mak minum kopi jantan dgn ali cafe..ko adoo minum??
coca cola - mak minum air masak je..jaga kesihatan konsepnyer :)
huggies - nely pakai mamy poko yoo!!
mark and spencer - mak pki DP x pun tshirt rm39 mango,murah2 sudah..lain2 x mampu :(

bye kawan2..
takecare!!
tengkiu blog mama niadel ats gambar itu..:)

Monday, November 19, 2012

protege n neon

salam all :)

minggu ni berlangsung workshop protege and neon (knowledge modelling software)
dari 9 pagi sampai 5.30 petang.. dan yg best makan disediakan.. :) ngeeeee...

pagi makan meehun dengan karipap..air teh tarik..
tengari makan nasi ayam, pisang dan air mineral..
hi-tea makan sandwich dan kek kuda belang belang2 :)
dengan makan2 yg disediakan itew..mak hepy..perut kenyang hati berbunga riang..
nak dengar ceramah sampai malam pun ok ;p

pukul 1.45ptg..ada mesyuarat untuk alumni Msc IT..kedatangan diambil so no excuse kene jugak pegi..
ingatkan penting ape sangat..rupanya pemilihan ahli jawatankuasa baru alumni..
ai and the geng angkat tangan sape yg terpilih..
malas nak layan sangat konsepnyer ;p

abes je meeting..terus sambung balik workshop..
gambr mase workshop adala sekeping 2..kalo rajin kang ai upload la..:)
balik umah pulak..masak daging korban yg masih berbaki..

mak masak daging masak merah..
goreng ayam dan telur dadar..
pas maghrib anak dgn laki ai terus bersantap..
bertambah nampak gayanya..kebulur kah??
kebuluq sebab bini x dak seharian..x mkn la kononnya..

workshop neon and protege
meeting student Msc IT
bye u olss..:)
weken u olss cemana??

Thursday, November 15, 2012

yg lebih baik

salam all :)

cuti2 hari ini hanya dihabeskan dengan melepak2 dirumah..
masak ketam masak merah.. teringin amat nak mkn ketam..
tiba2 kan :p

cuti deepavali habeskan masa kemas umah..
meja stadi dipindahkan ke daporr..
lemas dah haku tengok kat depan tu..

salam maal hijrah dari saya..
semoga setiap tahun kita menjadi yg lebih baik dari sebelumnya..:)
bersyukur dengan apa yg kita ada hari ini..
menjadikan kita sentiasa lebih baik dari semalam..



letih sangat sebab seharian x tidor..x sempat mandi pon..astaga

Wednesday, November 14, 2012

kelas minggu lepas..

salam all :)

kelas minggu lepas berlangsung dengan baik..
yg x bagusnya ialah minggu depan ada workshop yg memakan masa sehari suntuk .. pengsan dengan mulut berbuih..

kemalasan mmg tahap melampau..
projek x buat2 lagi..
ada possibility untuk extend semester gamaknya..mintak simpangmalaikat44

minggu ni dr haryani x der..dan digantikan dengan Puan Suzana..:)
dan kelas tetap menarik..
yg pasti knowledge management adalah tajuk dan subjek yg bagus untuk dinikmati bersama :)

selesai kelas..
ada yg bg idea nak makan kat SR..secret recipe lagi..bosanla cam ni
malas nak bangkang membangkang..ikut jela..;p
sebab saya dah sarapan pagi td ..perut mcm masih kenyang..
so order caffe latte je..memandangkan pagi tadi belom 'mengopi'

nampaknya makan2 kali ni bertambah 2 ahli..
syaiful dengan 'bakal adik ipar'
amek dia dulu kat kolej anggerik sebelum pi mkn2 :)

BERgambar bersama adalah wajib :)

Pn suzana ganti dr haryani..:) not bad..
habes minum2..
terus pulang ke rumah..
lepas je solat zohor..gerak ke usj summit
ada pameran buku..:)

Monday, November 12, 2012

fidel castro dan pameran buku

dari book sales summit usj - popular bookstore
sales 70 - 90%..
salam all :)

Pameran dan jualan buku besar besaran kat the summit usj dari 9-18 november..
menggelupur mak tengok harga buku rasa nak beli semua..rajin sangat ke hang baca??

macam novel harga 19.90 kalo 70% dapat harga tak sampai 5 hengget..kan murah tu ;p
pegila u ollss pada yg suka baca tu..
berbaloi2 la..

saya angkat semua buku politik..
kat bahagian novel melayu x pulak pi tengok..

malas nak redah orang ramai..;p
yg saya beli tu 4 buah ada kulit tebal dan 2 kulit nipis..harga tak sampai RM60..
best kan??:)
yg penting sy dah dpt buku fidel castro dgn harga murahh yay!!!

ini bakal adik ipar saya..beliau comel bukan??:P


dah habes jalan beli buku..
pi makan kat Murni Discovery..
nasi goreng super hot dgn petai (jgn makan byk nt kencing busuk ) dan nasi goreng tomyam..
kenyang sampai malam ;p

hari ahad pula..
teman laki ai pi buat wirering umah kawan saya..ija..
satu hari yg penat..
petang ting tong super kelam kabut cuci kain..sapu sampah tapi malas nak mop lantai..

begitula weken sy..
cerita gie kelas lepas ni la citer..
x der yg menarik dlm kelas melainkan menguap dan tertidoorrr..zzzz

bye u ollss..
takecare!!

Mahkota Bariani House Kemuning Utama

salam all :)

Lunch ni berlaku minggu lepas..terlupa pula mahu post..
eh ada orang kesah ke ;p

Makan di M (stand for Mahkota) Bariyani Kemuning Utama..
yang pasti beriyani dia sedap sungguh..:)

harga macam biase kita jumpa kat nasi beriyani la..:)
kawan2 cine opis siap cakap...wahh sedapnyer nasi ni, mcm x cukup kenyang je ;p
heeemmm kalo dah perut tempayan..
3 pinggan pun x cukup kot kan..:)

nasi beriyani gam ayam 
kari kambing dan ayam masak merah
ayam goreng rempah
the drinks
rakan se'mengumpat'an


weeken saya minggu lepas adalah sangat penat..
entry lepas ni saya ceritakan..
bye u olss :)
take care!!

Thursday, November 8, 2012

barbeque

salam all :)

baru berkesempatan transfer gambar dari DSLR..
Bukan ape..penyakit malas amat menular dewasa ini..haihhhh ;p

ni gambar mase barbeque dgn jiran beberapa minggu lepas..
sangat best sebenarnya aktiviti makan2 begini..
selain dapat mengumpat dan menambah dosa..dapat jugak mengerat silaturrahim ;p

menu ialah ikan ayam dan kerang bakar..ada air asam
sup ayam dan nasi putih..
cukup buat perut saya kenyang amat :)



Monday, November 5, 2012

hepy besday blog :)

salam all :)

Hari ni genap 2 tahun blog saya..
hepy besday kat dia :)

sekejap je saya dah blog 2 tahun..

Friday, November 2, 2012

Spicy Crab

salam all :)
Macam dah lama pulak rasanya x buat edisi jalan2 cari makan kat restoren baru..
asik makan di kedai yg sama..

Hari ni lunch masuk kedai baru..
sebenarnya kedai ni dah lama wujud di Kota Kemuning tapi asik selalu ingat kedai ni kedai cina ada jual b***..
tu sebab tak berani makan..;p
rupanya kedai ni halal..
ada banyak pilihan ..seafood dan jugak western..ikut tekak rasa nak makan ape..
tapi hari ni kitaorg semua amek set lunch..
berbaloi-baloi pada saya..

pada harga RM8.80.. ada nasi dan telur dadar, set ikan/ayam/otak2 or seafood ada air ice lemon tea dan jugak dessert (lupe amek gambar)..
murah jugak siap sekali dengan dessert kan..
tak der service charge or gov tax..:)

Alamat kedai..
Spicy Crab
19, Jalan Anggerik Vanilla X,
31/X 40460 Kota kemuning Shah Alam
Tel : 03-5131 2989

nasi dan telur dadar
ice lemon tea
ayam black pepper
ikan dori bakar :)

telling it straight

the new collection :)

Thursday, November 1, 2012

raya qurban saya..

salam all :)

cemana raya haji u olss?? saya balik kg raya haji tahun ni..
kalo tak, tak pernah balik pun..raya je kat shah alam..:)

syukur tahun ni dapat balik kampung..lama jugak 5 hari..
biasala kalo balik kampung..ada pesta makan2..

ada ketupat pulut dengan rendang daging..
Puan normah masakkan mee kuah terbaikkk dari ladang...
ada lagi ayam masala, daging rebus cecah air asam..terbaikkkk jugakk!!

macam biasa jalan2 raya saya bermula dengan ke rumah tok saya di parit buntar
esoknyer ke rumah tok ayah saya di bukit mertajam..
menu makan2 ialah laksa rendang dan mee rebus :)

perut saya buncit kalah mengandung 6 bulan..;p
baiklah bila pulang ke rumah nt saya pasti akan diet ;p pastiiiii...


x banyak gambar yg saya snap sebab kamera x bawak pun..
terlupe sebab serunuk sangat nak raya kekdahnya ;p
pokok anggur tuan hasim pun saya lupa nak snap..

yang penting saya dapat makan ikan sepat dan talapia dari kolam ternakan itu ;p
siap bawak balik ke shah alam lagi :) 


saya tak sehat hari ni..
demam sebab lantak makan macam2..
haihhhh..
bye u olss :)
tc..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...