instagram

Thursday, February 28, 2013

lion dance

salam all :)

Lama rasanya x bersiaran..:)
bukan nya buat ape pun..
layan kesemua buku yang beli..
buku2 yg dok giat kumpul dulu..
satu persatu diselak..

so edisi membaca buku secara marathon berlaku dengan jayanya..hehe..
dah habes 6 buah buku sebenarnya..
punya baca buku sampai sakit badan..bole cam tu..??
sebab buku yg dibaca adalah sangat menarik..
ada mase nt saya cube cerita..

cerita lion dance grup yg datang opis ni pun dah agak lama..
berlaku lepas raya cina..
yang menari ni pun sebenarnya budak2 skolah yg diajar menari..
kiranya macm company buat charity la untuk budak2 sekolah menengah ni..

yang dahsyatnya..
bunyi gendang itu sangat kuat hokay..
berdegup2 jantung..telinga kene tutup untuk mengelakkan dari gegendang telinga pecah kelak ;p hehe..


kawan2..
amacam weken..??
weken saya bosan2 lepak dirumah sahaja..
maklumla..rumahku syurgaku :)

Friday, February 22, 2013

makan besar Tahun Baru Cina

salam all :)

2 hari sebelum tahun baru cina..
opis ada buat makan besar..
mmg besar sebab ramai sungguh org..
ada dalam 500 org rasanya..

kami org kuat makan2..
haruslah booking meja dgn lebih awal dan beratur juga antara yg terawal woot woot..;p

menu yg dihidangkan ialah mee goreng..nasi goreng..
udang butter..ayam goreng KFC..sambal sotong getah..
sayur goreng..ikan fillet goreng tepung..
ada buahan2..kambing golek..ais kacang..
makan sampai tak bole napas dan perut melebihi seluar yg dipakai..;p

oleh kerana tahun baru cina..
maka kemah jugak harus kaler merah.. ang ang katanya..
yg penting hari tu bole balik awal..jam 3petang yay!!

maaf kerana tiada gambar makanan disebabkan tuan tanah terlalu lahap..
dah kenyang x bole bangun, semua makanan pun dh habes..
so gambar x sempat nak snap..;p


Thursday, February 21, 2013

takutnyer..

Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS).

Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

L'ADORN

salam all :)

saya ada shoping online..
selendang panjang jenis satin material..

beli di butik online L'ADORN..
pemilik butik ni juga adalah seorang blogger dan student PHD luar negara..
check out the blog http://www.hanafedora.co.uk
yang penting harga shawl adalah sangat berpatutan..





go to the website and shop :)
they provide a very nice shawls and scarves with a quality material..
happy shopping kawan2 :) 


Wednesday, February 20, 2013

Farrali

salam all :)

ini adalah iklan berbayar (sila baca secara serius dengan dahi berkerut ;p)

entry penting kali ni berkisar tentang Farrali Group of Companies..
kawan baik saya ialah one of the board director..
dan meminta saya untuk promosikan this Farrali pada u olss semua..:)

Yazry Helmy Baba Ismail
Director
Kumpulan Perubatan Farrali Mutiara Sdn Bhd
Farrali Ozone Tech Sdn Bhd
Mutiara Health Tech Sdn Bhd
Farrali Digibio Tech Sdn Bhd

apakah jenis bisnes yang Farrali group laksanakan?
ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2000, Farrali Group adalah satu kumpulan perniagaan multi-nasional yang bermatlamat adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang unik, inovatif dan berpatutan. Syarikat yang beroperasi di seluruh dunia dan merangkumi penjagaan kesihatan, pertanian, teknologi maklumat, hospitaliti, bio-bahan api, pembuatan, dan industri perdagangan antarabangsa.

antara bidang yang difokuskan kini ialah rawatan untuk kanser, diabees dan sakit jantung..
rawatan dah pun masuk beberapa newspaper seperti utusan, harian metro dan the star..

bole baca laporan dari utusan malaysia kat cni..
http://farrali.com.my/2011/07/middlesex-university-buka-cawangan-di-ipoh/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm


antara rawatan yang berjaya dilakukan :)

contoh rawatan sakit jantung
Rawatan sakit jantung bukan lagi sesuatu yang menyakitkan dan memakan belanja yang tinggi. Dengan perkembangan teknologi yang ada, kini pesakit jantung boleh mendapatkan rawatan penyembuhan sakit jantung secara non-invasive atau secara luaran, tanpa suntikan, tanpa pembedahan ataupun ubat-ubatan yang mungkin memudaratkan.

Rawatan ini dikenali sebagai Enhanced External Counter Pulsation (EECP). Ianya tidak menyakitkan, tidak memerlukan tempoh penyembuhan yang lama dan pastinya terbukti secara klinikal dan sangat berkesan..Layari web ini http://farrali.com.my/health-naturale-eecp/ danhttp://www.youtube.com/watch?v=M55_H8JS5i4 untuk mengetahui lebih lanjut atau hubungi kami segera untuk khidmat rundingan dan satu sesi percubaan EECP secara PERCUMA. Telefon sekarang di 03-4257 1786 atau 019-6681786...Kami sedia membantu anda.

Like Farrali di Facabook https://www.facebook.com/pages/Farrali-Health-Naturale/125287007511101

nak kontek diorang..bole kontek di kuala lumpur office atau mana2 cawangan yg ada dalam website

Kuala Lumpur Office

A-1-09, Setiawangsa Business Suites,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur.

Telephone : 603-426 51 786
Fax : 603-426 52 786

Web Site: www.farrali.com.my
Email: info@farrali.com.my

the puteri pacific johor bharu

salam all :)

percutian ke legoland hari raya cine lepas..
kami menginap di hotel Puteri Pacific Johor Bahru..
atas recommend dari seorang kawan :)

hotel yg sangat selesa..
saya pun recommend kat sesapa yg nak mencari hotel 5 bintang di Johor Bahru..
sila pilih hotel ni..
yang best juga ialah makanan sarapan pg yg disediakan adalah sedap..:)

selain tu..apa yg menarik ialah..
kita sangat dilayan sebagai tetamu hotel..
kolam renang yang bersih dan persekitaran yg menarik..
bilik hotel yg besar dan selesa..
toilet yg bersih dan cantikkksss :)
perkhidmatan mengangkut barang yang cepat dan mesra pengguna..

website hotel..The Puteri Pacific

Address
Jalan Abdullah Ibrahim
'The Kotaraya'
PO Box 293
80730 Johor Bahru
Malaysia.

Reservation: 1800-888-533
Telephone: 607 219 9999
Fax: 607 219 9998






Tuesday, February 19, 2013

JPO..x tau nak letak tajuk apa..

salam all :)

selain dari ke legoland patutnya saya ke hello kitty pulak..
tp memandangkan dah letih..
plus malas tetiba melanda..(apala, time2 bercuti nila malas..pe kes kan)
terus je ke JPO..

Solat pun kat JPO..x tau nak solat kat mana dalam Legoland tu..
dah solat..
jalan2 je kedai kedai yg mana perlu je..
sebab JPO bukanla mcm pavilion or sunway pyramid..dlm mall yg bertutup..
tapi JPO..terbuka..dia mcm deretan kedai2 gitu..
u olls kene jalan kat kaki lima deretan kedai tu..
dan kalo rasa nak masuk dlm kedai..sila buka pintu..:)

time saya singgah..adalah tengah hujan..
so orang berhimpit2 jalan di kaki lima takut kene hujan..
pun x ambil gambar sebab malas..
kedai yg ada..normal branded butik la..AX, Ermenigildo Zegna, Burbery..coach, padini, levis, michael kors..polo ralph lauren..dan mcm2 la..semua mahal2 la..mak x mampoo..tengok2 saja..(lap air liur meleleh :P)

malamnya..
kami makan kat stulang laut..
x gugel pun mana tempat makan best..
kat cni pun layanla..
cuma order normal menu..ikan baker, sotong celop tepong dan tomyam campur..


JPO..dari jauh..
saya sebenarnya x suka window shoping..banyak air liur akan dibazirkan sebab meleleh..x dapat beli disebabkan x mampoo tp nak tengok jugak..haihhh..
maka saya lebih suka, kalo nak beli baru pi masuk..suka2 masuk tgk2 barang ribu2 mmg bukan saya :P

selain dari ke JPO..
jalan2 ke plaza bebas cukai..
ingatkan ada pinggan mangkuk..hehe, sekali cekalat je ada..
tak yah la kot beli..
beli hersyes je sebab nely mengamok nak cekelat..
layankan aje..
setelah itu kami pun pulang..

nt saya review hotel tempat kami menginap..
sangat recommend this hotel..
bye!
takecare kawan2..


Monday, February 18, 2013

tentang keputusan pelajaran saya

salam all :)

syukur alhamdulillah..
tamat pengajian saya..
2.5 tahun berakhir..
tidak cemerlang mana..hanya itu yg terbaik yang mampu saya beri..

terima kasih uitm kerana melayakkan saya belajar disini..
dan bergraduat disini..
terima kasih ya Allah di atas rahmatmu yang tidak terhingga..
di atas rexeki Mu yang tidak pernah putus2..

walaupun sebenarnya saya mengharapkan yang lebih baik untuk projek akhir itu..
tapi mungkin yang maha Esa mensuratkan itu yang terbaik buat saya..
maka dengan itu saya redha..
ada hikmah di sebalik yang berlaku..

tunggu masa nak konvo sahaja..
ada kelapangan dan keizinan dan jika itu juga yg terbaik buat saya..
pengajian akan saya teruskan ke peringkat yg lebih tinggi..
kepada yang membaca..
doakan saya baik2 sahaja :)


Legoland

salam all :)

dah selamat habes study..
konon2 nak jalan2 terbangkan segala kekusutan..;p cewahhhh
lokasi yg dipilih ialah Legoland Malaysia..Nusajaya Johor..:)

sebenarnya mak memang tak pernah sampai Johor u olss..
sedeh bukan ?? :P
ok baiklah buang kesedihan itu sebab dah sampai pun Johor..
Johor adalah negeri yang besar so nak ke satu2 lokasi adalah mengambil masa..
tak termasuk sesat dan sebagainyer..

mak tak jalan mana pun..setakat 2-3 tempat sahaja..
nak ke pantai desaru or danga bay pun jauh katanya laki saya..
dan kebetulan pulak jiwa yg kusut ni x terasa pun nak ke pantai..maka tidakla kami singgah ke situ..

ok berbalik cerita legoland..
pada saya biasa2 sahaja..tidak ada yang terlalu woooowwww pun sebab tempat baru pun..
kawasan pun masih kecil..

nasihat saya..
pada yg bawa anak masih kecil 3 tahun dan ke bawah dan ketinggian bawah 120cm..
tak bole pun nak main permainan kat dalam tu..
kesian jugak anak saya nak main bot dan cawan pusing2 tu..
tapi tak layak..tak cukup tinggi katanya..

nasib baik si nely tak kene bayar..
kalo tak, lagila rasa ralat kan..
kitaorg sekeluarga masuk tak lama pun..
masuk pukul 10 mcm tu dan kuar untuk makan tengahari..
pastu malas dah nak masuk balik..

cuaca mase saya ke sana adalah hujan renyai2..
so mmg tak panasla..
pakaikan nely topi je..
orang mmg sangat ramai sebab cuti tahun baru cina kan..:)
tengok gambar je la u olss..
tak tau dah nak citer ape..:)




Thursday, February 14, 2013

the new sport rim..

salam all :)

dah lama rasanya x mekap2 kereta..
sbb yang pasti nak mekap2 keta ni kene ada duit lebeh..
ada duit lebih simpan2 bole buat beli mekap kan..:) gitewww..
hutang2 tak mo ye adik2..

tukaq sport rim keta yang sudah berusia 4 tahun..
kita kasi kaler gold plak..
lain macam skit baru feeling2 bawak lamboghini galardo kekdahnya..

harga murah2 sahaja..mampo milik..
x termasuk tayar..kalo sekali dengan tayar kene puasa sebulan :P
kedai beli sport rim ni sama dengan kedai yg kami tukar tayar dulu..
kat Jalan bukit kemuning..no kontek yillek (x ingat nak mintak :P)


u olss cuti raya cina pi mana eh..??
saya jalan2 legoland je..
nanti lepas ni saya review ye..
takecare!!

besday zara erika :)

salam all :)

19hb January lepas..
saya ke besday anak kawan serumah saya mase anak dara dolu2..
rindu sangat pada mereka..

dulu serumah kami berempat, saya..Adda..kak ely dan liya (kak ely dan liya adik beradik :))
kami baik2 saja dalam rumah kecik tu kihkih..
saya tinggal di rumah sewa tu selama setahun 3 bulan sebelum pindah lepas dah kawen..
saya kawen dulu..pastu followed by liya, kak ely dan Adda..

dan kami telahpun bergelar ibu2 beranak satu..:)
cepatkan mase berlalu..
sungguh rindu zaman kami satu rumah..
gelak ketawa kuat2..

kak ely yg suka masak..
Adda yg suka tengok tv lepas balik keja..
liya balik lmbt sebab dating dengan zharif :P
hehe..
semua tinggal kenangan sudah ..

dan kami jumpak balik lepas lama sgt tak bersua..
besday zara erika, anak liya dgn zarif :)
hepy besday zara..semoga kamoo jadi anak yg baik dan mendengar kata ayah dan ibu :)
ada masa kita jumpe lagi..

Sangat cantik gambar ini :) kami berempat..

zara dan liya
elesya..anak kak ely :)
saya dan Adda..anak dia sungguh comelll lagi booolat :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...